Saturday, February 11, 2012

Gaya Bercakap

Gaya bercakap merupakan cara seseorang berfikir dan berkomunikasi mengikut cara mereka fahami dan menyampaikan maklumat. Di sini ada 3 golongan pelajar atau komunikator iaitu visual, auditori dan kinesthetik. Sekiranya kita mahu tahu bagaimana hendak tackle pelajar, penemuduga, boss atau sesiapapun, kita kena faham dahulu mereka ni dari golongan yang mana.

Untuk pelajar atau komunikator visual, mereka ni lebih cenderung bercakap kuat,laju dan banyak cakap, sukakan warna-warna terang dan cemerlang. Golongan ini perlu lihat dengan jelas kerana mereka lebih sukakan gambaran. Mereka bercakap laju sebab otak mereka sedang bekerja keras mengejar imej yang mereka bayangkan. Soalan yang perlu ditanya apabila kita selesai bersembang atau berbincang dengan mereka ialah adakah awak nampak maksud saya? Dengan pantas mereka akan jawab sebab gambaran cerita kita dah ada dalam otak mereka. Mereka ni juga perlu tulis atau lukis semula apa yang telah mereka belajar atau bincangkan. Golongan ini perlu duduk dibahagian hadapan supaya dapat lihat dengan jelas. Mereka juga mampu untuk lihat dan terus ingat, sukakan pada warna dan fokus pada topik perbincangan.

Untuk pelajar atau komunikator auditori, mereka ni kuat berangan, malas baca buku tapi suka banyak novel, cakap lambat, suka bercakap dengan diri sendiri dan agak genius. Mereka ni lebih suka mendengar. Golongan ni perlu pastikan yang mereka dapat dengar dengan teliti. Apabila mereka nak baca buku, pastikan keluarkan suara supaya telinga dapat dengar dengan jelas ketika membaca. Hanya dengan mendengar, mereka dapat ingat. Golongan ni tidak sukakan gangguan bunyi yang boleh mengganggu konsentrasi mereka untuk mendengar dengan jelas. Mereka ini sangat cekap dalam aktiviti mendengar perbincangan.

Untuk pelajar atau komunikator kinesthetik, mereka ni agak kurang cemerlang dalam pelajaran tapi cepat berjaya dalam kerjaya. Berikan mereka masa dan ruang untuk berfikir atau membuat keputusan dan mereka suka mencipta pengalaman. Golongan seperti ini kita perlu tanya soalan dengan perasaan ( adakah awak rasa apa yang saya cakapkan?). Kita perlu banyakkan berjumpa dengan golongan ini. Mereka juga sukar untuk membuat pilihan sebagai contoh beli kasut, golongan ni perlu cuba pakai kasut yang nak dibeli dan rasa keselesaan kasut tu sebelum buat keputusan untuk beli. Jangan lambakkan pelbagai informasi kepada mereka.

Fahamilah setiap golongan ni supaya mudah untuk kita komunikasi bersama mereka. Saya lebih dominan kepada golongan auditori. Bagaimana dengan anda pula? Selamat meneliti diri anda ye:)

Monday, February 6, 2012

Zakat Harta

Assalammualaikkum..

             Marilah kita sama-sama memahami pengertian zakat terlebih dahulu. Asas kepada zakat ialah harta itu mestilah melebihi nisab dan juga mencapai tempoh haul (1 lunar year). Kekhilafan di kalangan para ulama ialah perlukah menunggu tempoh haul atau tidak, bagi harta perolehan seperti pendapatan. Namun, di Malaysia umumnya di negeri Selangor, bagi harta perolehan seperti pendapatan, ia tidak disyaratkan haulnya dan harta ini hendaklah dizakatkan pada tahun semasa.

             Pandangan ini dikeluarkan dalam kalangan sahabat seperti Ibnu Abbas, Ibnu Mas'ud dan Muawiyah. Hujah mereka disandarkan kepada firman Allah S.W.T di dalam surah Al-An'am ayat 141: Dan tunaikanlah haknya (zakat) pada hari ia dituai.

             Masalah mengenai pendapatan diterima. Pendapatan itu telah dizakatkan keatasnya terlebih dahulu dan kemudiannya disimpan, maka disini lebihan wang pendapatan yang disimpan itu tidak perlul lagi dikeluarkan zakatnya. Ini kerana, ia sudahpun dizakatkan terlebih dahulu sebelum disimpan.

             Dalam hal ini, fiqh zakat telah menyatakan, zakat tidak akan dikenakan dua kali ke atas harta yang sama pada tahun yang sama. Maka, cukup dengan pendapatan tadi yang dikenakan zakat. Bagi wang yang disimpan itu, ia hanya akan dikenakan zakat simpanan pada tahun berikutnya setelah mencapai tempoh setahun disimpan jika ia berada di atas paras nisab zakat.

             Nabi Muhammad S.A.W menegaskan:-
             " Tidak ada zakat ke atas sesuatu harta kekayan sehingga berlalu satu tahun," (Riwayat Daruquthni dan Baihaqi daripada Ibn Umar)

             Manakala sepakat ulama salaf dan khalaf, bahawa zakat kekayaan nominal, iaitu daripada haiwan ternakan, wang dan harta perniagaan hanya diwajibkan satu kali dalam satu tahun bahawa zakat suatu kekayaan tidak dipungut dua kali dalam tahun itu." (Yusuf al-Qaradawi, Hukum Zakat, halaman 163).

             Selain itu, zakat simpanan juga tidak hanya tertakluk ke atas sesuatu akaun sahaja. Seandainya seseorang itu mempunyai 3 akaun, maka dia hendaklah mencampurkan keseluruhan wang simpanannya di dalam semua buku akaun simpanan berkenaan. Amaun yang dijumlahkan itu pula adalah baki terendah di dalam setiap akaun. Andai baki terendah buku akaun Bank A tidak sampai nisab, namun setelah dicampurkan dengan akaun Bank B dan C, ia menjadi lebih nisab, maka ia masih wajib dizakatkan.

             Bagi orang yang menerima wang dari sesuatu sumber, misalnya KWSP atau hasil jualan tanah dan sebagainya, mereka hendaklah mengeluarkan zakatnya sebagai zakat pendapatan terlebih dahulu. Kemudian mereka menyimpannya di dalam mana-mana bank, maka selagi mana simpanan itu berada di atas paras nisab pada setiap tahun, oleh itu wajiblah ke atasnya mengeluarkan zakat simpanannya. Biarpun wang itu menjadi sumber kehidupannya, namun ia tidak boleh menghalang harta kekayaan itu daripada dizakatkan.

             Hal ini disandarkan kepada kehendak Nabi Muhammad S.A.W "Bayarlah zakat harta kekayaan kalian," (riwayat Imam Termizi).

             Begitulah ia berlangsung, sehinggalah jumlah wang yang disimpan itu menjadi lebih rendah daripada paras nisab, maka baharulah terlepas daripada kewajipan zakat. Manakala, zakat bagi akaun tabung haji telah diselesaikan oleh pihak tabung haji sendiri, maka penyimpannya tidak perlu lagi untuk mengeluarkan zakat ke atas simpanannya.

             Nabi Muhammad SAW tidaklah menyukai membiarkan wang yang disimpan di dalam sesuatu simpanan itu menjadi susut begitu sahaja kerana diambil darinya zakat saban tahun. Ini kerana, pernah berlaku pada zaman Nabi SAW, baginda mengarahkan seorang penjaga harta anak yatim agar melaburkan harta anak yatim yang dijaganya, dengan tujuan agar harta itu tidak susut begitu sahaja 'dimakan' oleh zakat.

             Daripada 'Amru bin Syu'aib beliau berkata bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda: " Ketahuilah, sesiapa yang menjadi wali bagi anak yatim yang ada harta, hendaklah ia memperniagakan harta itu dan janganlah ia membiarkan harta itu susut - dimakan oleh zakat," (riwayat Imam Termizi).

             Kesimpulannya, wang yang disimpan dalam pelbagai jenis akaun, wajib dizakatkan pada setiap tahun. Manakala bagi harta yang telahpun dikeluarkan zakatnya, kemudian disimpan, maka hanya wajib dizakatkan pada tahun berikutnya. Seseorang yang mempunyai wang simpanan juga tidak wajar membiarkan hartanya susut begitu sahaja, melainkan dia wajar mengembangkannya. Wallahua'lam.

Bicara zakat-Lembaga zakat Selangor


         

           

           

Wednesday, February 1, 2012

Kenangan di PLKN

Sesungguhnya, amat bernilai sesuatu kenangan itu pada kita. Bila kita duduk sorang-sorang, mesti kita akan teringat kenangan-kenangan lama kan. Pada tahun 2007, aku wajib pergi PLKN di kem Summerset Resort, Pekan, Pahang. Aku tergolong dalam Kumpulan 2, Siri 4 kalau tak silap aku la. hehehe.. So, selama 3 bulan duduk dekat sana, aku rasa seronok sangat. Yang aku tak sangka, rupanya aku pandai gak main kayak dan terpilih untuk lawan antara kem-kem di Pahang. Paling aku tak sangka, setiap kali aku buat latihan merempuh halangan, aku tak pernah sekalipun jatuh waktu buat monkeyrack. Aku dapat gak merasa pegang dan tembak menggunakan senapang M16 walaupun tak tepat sasarannya. Skuad lain memang tak boleh challenge kehebatan skuad Delta dalam kawad kaki. Walaupun skuad aku selalu kena marah, tapi skuad aku paling disayangi semua cikgu-cikgu. Memang terbaik. Ketua Jurulatih untuk siri aku tu pun aku kenal, sebab beliau salah seorang rakan seperjuangan abah aku ketika abah aku berkhidmat dalam tentera. Aku sangat bertuah dapat merasai pengalaman ni. Skuad Delta @ Melina Gempur memang terbaik. Love u All:)


ini antara kawan-kawan baik aku (Ain terengganu, Achik KL, Aku, Dayah Johor)


Wirawati Delta baru lepas latihan flying fox


Wirawati Delta selepas latihan percubaan menembak 


Selepas habis taklimat dan lawatan di pusat loji air 

Antara gambar-gambar yang masih ada dalam simpanan aku. Nasib baik la aku ni agak pandai dalam IT, so aku scan balik semua gambar yang ada :)

Tuesday, January 31, 2012

Bay' Bithaman Ajil

Assalammualaikkum. 


Sekarang baru aku faham apa itu Bay' Bithaman Ajil (BBA). Sebenarnya, konsep BBA ni mudah je. Insyaallah, semua akan faham bila baca konsep ni. Apabila seorang pelanggan ingin membeli sebuah rumah berharga RM 200,000, maka si pelanggan akan membayar sejumlah wang kepada penjual / pemaju sebagai ‘booking' dan kemudiannya membayar 10 % pula kepada pemaju/penjual sebagai wang pendahuluan (deposit). Setelah iu, berbekalkan perjanjian jual beli (S&P agreement) antara si pembeli dan penjual, maka si pelanggan akan mula mencari bank Islam yang oleh memberikan pembiayaan perumahan kepadanya. Setelah menepati seluruh syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Bank. Pihak Bank bersetuju untuk membeli rumah itu daripada pelanggan tadi dengan harga RM 180,000 (iaitu sama jumlahnya setelah di tolak deposit) dengan bayaran tunai. Dengan itu, rumah itu akan menjadi milik bank dan tanda pemilikan bank ke atas rumah itu adalah melalui satu surat ‘declaration of trust' dan sebuah ‘charge' sebagai tanda hak bank ke atas rumah tersebut. Bagaimanapun nama pemilik atas geran tidak akan ditulis nama Bank kerana ini bukanlah syarat dalam pemilikan Islam dan hanyalah bersifat urusan rasmi ‘formality'. Setelah pemilikan ini sah di sisi undang-undang Negara dan diiktiraf oleh Shariah, maka pihak bank Islam akan menjualkan rumah (yang telah dibelinya tadi) itu kepada pelanggan yang sama dengan harga baru ( merangkumi modal beserta kadar keuntungan yang di tetapkan) iaitu RM 350,000 yang boleh dibayar oleh pelanggan secara ansuran bulanan selama 25 tahun atau lebih, bergantung kepada perjanjian. Jadi, esok-esok mudah la untuk aku terangkan pada orang lain. Insyaallah:)  

Monday, January 30, 2012

Bubur dari air tanganku


Baru ari ni dpt upload bubur pic ni. Disebabkan aku dok hostel dan brg pun x bape nak lengkap, pas aku goreng ikan bilis, aku terus campakkan dlm bubur ni. no tumbuk2 sampai lumat. Yang penting aroma kebuburan 2 dah ade. hehehe,, lepas ni, aku nak try wat paprik ayam, resepi dari cousin aku. Dah lame sgt terperap resepi 2 dlm pendrive. after cuti maulidur rasul ni, paprik ayam mari plak. hehehe :)

Sunday, January 29, 2012

Humanity


Sementara menunggu kereta sewa sampai, aku n farah tunggu kat depan court mammoth. tetiba court mammoth terpasang lagu ni dan lagu ni telah menusuk jantungku. hehe. aku dah terpaut dengan lagu dari scorpions group ni. sekarang aku dah download lagu ni dan aku akan ulang2 dengar sampai lah boring nak dengar:)

Selamat menghayati lagu ni ye:)

Demam

assalammualaikkum..

Rasa pening kepala dan sakit satu badan hari ni. Kompem demam ni. Tapi malas nak makan ubat. Esok ingat nak masak bubur je la. Nyum2, time demam2 cam ni, rasa nikmat sungguh kalau dapat makan bubur buatan sendiri. Cara2 untuk masak bubur buatan saya tu, mula2 tanak nasi lebihkan air, campakkan ayam/udang/sotong, lobak merah potong bulat2 cute, agak2 2cm halia, 1 batang serai, serbuk sup, garam secukup rasa jangan lebih jangan kurang, daun sup daun bawang, goreng ikan bilis, kalau ada lesung batu, tumbuk sampai lumat dan campakkan dalam bubur. siap. Bubur saya sesuai untuk semua lapisan umur. hahaha. selamat mencuba kepada yang ingin cuba:)